Berita

328 premis dikendali warga asing disita – DBKL

TINDAKAN rampas akan dikenakan terhadap mereka yang 'sub let' premis kepada warga asing. - Gambar hiasan
- Diterbit 28 November 2020 5:46 AM MYT

KESAL dengan aduan dan komentar warganet yang seolah-olah penguatkuasa DBKL tidak melakukan kerja, Pengarah Jabatan Penguatkuasaannya, Osman Ismail memaklumkan, operasi membanteras premis yang dikendalikan warga asing sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.

Malah, tegas beliau, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Mac hingga 20 November lalu, sejumlah 328 premis telah disita dan diarah tutup serta merta.

Ujar beliau, sepanjang pemeriksaan dilakukan, pihaknya mendapati premis perniagaan terlibat bukan hanya dikendalikan warga asing malah kebanyakannya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) selain tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Tindakan penguatkuasaan dikenakan mengikut peruntukan Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Ia termasuk premis yang dikendalikan warga asing tanpa izin di sekitar Parlimen Kepong,” ujarnya kepada Wilayahku pada Isnin.

Menurut Osman, a nggota penguatkuasanya juga berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti terdedah kepada jangkitan COVID-19 yang melanda negara masa ini.

Selain itu, katanya, tindakan sukar d iambil apabila warga a sing yang sedang menjalankan perniagaan memaklumkan majikannya baru keluar dari premis.

“Apa yang saya lihat, kewujudan ‘premis’ warga asing adalah disebabkan sikap segelintir rakyat Malaysia sendiri yang sewenang-wenangnya memberi kemudahan kepada golongan tersebut.

“Malah mereka sanggup menyewakan lesen perniagaan dan premis kepada warga a sing demi mendapatkan wang dengan cara mudah,” jelasnya.

Terdahulu, beliau berkata demikian susulan aduan dan persoalan yang diajukan beberapa individu menerusi saluran PERTIWI berikutan terdapat kedai dan gerai yang dikendalikan warga asing di Taman Pusat Kepong.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas