Berita

32 kes baharu positif Covid-19 di Selangor Mansion

- Diterbit 11 April 2020 12:43 PM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 32 kes baharu berkaitan Covid-19 yang direkodkan di bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan yang disaring di bangunan tersebut adalah 898 orang dan didapati positif 43 kes iaitu pertambahan sebanyak 32.

“Sementara itu, di Malayan Mansion tiada penambahan kes seperti semalam iaitu sebanyak empat kes positif dan jumlah keseluruhan disaring sebanyak 783.

“Di Menara One City pula jumlah yang disaring adalah 2,054 dan jumlah kes positif masih kekal iaitu sebanyak 30 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas