Berita

32 kes baharu di Selangor Mansion

PENGHUNI di kawasan sekitar Jalan Masjid India membuat saringan kesihatan.
- Diterbit 12 April 2020 11:36 AM MYT

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 di Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India terus mencatat peningkatan apabila terdapat 32 kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan itu, jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 75 kes.

“Di Menara City One pula jumlah kes positif sebanyak 31 kes iaitu penambahan satu kes dan satu kematian membabitkan warga Pakistan.

“Di Bangunan Malayan Mansion tiada penambahan kes seperti semalam iaitu masih kekal sebanyak empat kes positif Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, 43 kes direkodkan di Bangunan Selangor Mansion dengan jumlah keseluruhan yang disaring di bangunan tersebut adalah 898 orang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas