291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberi Ahad – Dr Adham
MENURUT Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676.

291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberi Ahad – Dr Adham

SEBANYAK 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

Menurut Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676.

— BERNAMA

CATEGORIES