Berita

245 terima pangkat Kadet Remaja Sekolah

MAZNAH (depan) bergambar bersama peserta pada Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian KRS di Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 4 Oktober 2019 7:02 AM MYT

TAULIAH. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Maznah Abu Bakar hadir ke Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian Kadet Remaja Sekolah (KRS) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 18 September lalu.

Pada majlis itu, seramai 254 orang menerima tauliah Kepegawaian KRS yang bermula pada pukul 8 pagi.

Sasaran peserta adalah daripada Pegawai Jabatan Pendidikan, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekreteriat Negeri, Jurulatih Negeri dan Jurulatih Baharu.

Terdahulu taklimat pemakaian uniform, etika beruniform dan sejarah penubuhan KRS disampaikan Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia, Ustaz Ahmad Farazila Abd. Ghani.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas