243 berita palsu dinafikan Pasukan Respon Pantas

243 berita palsu dinafikan Pasukan Respon Pantas

PUTRAJAYA – Sebanyak 243 penafian berita palsu berkaitan Covid-19 berjaya dilakukan oleh Pasukan Respon Pantas (PRP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PRP ditubuhkan sejak 24 Mac lalu oleh
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam membendung penyebaran berita palsu.

“Salurkan maklumat berkaitan berita palsu kepada PRP di talian 03 8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk semak kesahihan berita,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan sebanyak 249 kertas siasatan (IP) berhubung berita palsu Covid-19 telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ismail Sabri menjelaskan daripada jumlah tersebut 169 IP masih disiasat dan 26 kes telah didakwa dengan 15 telah mengaku bersalah di mahkamah. – WILAYAHKU

CATEGORIES