Berita

Pak Wan ALIF SATAR Sembuh Dari COVID-19, Dibenarkan Pulang

- Diterbit 29 November 2020 5:54 AM MYT

ARTIS serba boleh Alif Satar meluahkan rasa syukur dan gembiranya apabila  datuknya Mohamad Che Noh yang dijangkiti COVID-19, sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi instagramnya, Alif berkongsi berita gembira datuknya yang dipanggil Pakwan memasuki kereta untuk pulang selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19

“Itu Pak Wan saya, pesakit Covid-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!

“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. 

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan tempoh hari. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” tulisnya yang berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan datuknya.

Buat masa ini, Alif masih menjalani rawatan di Melaka setelah dimasukkan ke Hospital Besar Melaka minggu lalu. 

Selain  Pak Wan, ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19 selepas disahkan positif pada Sabtu lalu.

Semoga Alif dan keluarga segera sembuh. Amin.. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas