Berita

2,000 bakal sertai Semarak Merdeka Night Run 2019

Semarak Merdeka Night Run 2019
PETA larian mengikut kategori yang ditetapkan.
- Diterbit 15 September 2019 6:09 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Program Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 yang akan diadakan pada 15 September ini dijangka di­sertai 2,000 pelari.

Bertempat di Universiti Malaya, acara yang dianjurkan Trans Borneo Tour Sdn. Bhd. bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk meng­hayati dan menghargai erti kemerdekaan ne­gara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Trans Borneo Tour, Jamaludin Ahmad, pada malam tersebut, terdapat tiga kategori larian iaitu tiga kilometer untuk ‘Beginners and Family Run’, lima kilometer bagi ‘Patriot Run’ dan 10 kilometer khusus kepada ‘Vision Run’.

“Larian ini juga me­nawarkan hadiah ca­butan bertuah lebih RM20,000 selain medal larian edisi khas Masdo dan baju-T larian yang ditandatangani Masdo.

“Acara yang ber­temakan “Glow In The Dark” ini juga bakal menonjolkan pengisian bercirikan kejayaan Malaysia sejak era 60-an sehingga sekarang,” ujarnya.

Katanya, peserta juga bakal berlari bersama beberapa selebriti tanah air seperti kugiran Masdo, Keena Mentor, Zarina Maharaja Lawak dan ramai lagi.

“Menariknya lagi, program yang berlangsung seawal pukul 5 petang itu bakal diserikan dengan konsert mini selama satu jam oleh kumpulan kugiran Masdo dengan lagu bertemakan Semangat Merdeka Anak Muda,” ujarnya.

Selain itu, katanya, turut diadakan adalah acara dendangan lagu-lagu Patriotik, persembahan seni rakyat dan ‘LED Colours Of Drum’.

Tambahnya, bagi yang berminat untuk menyertai Larian Semarak Merdeka Night Run 2019, mereka boleh layari https://sportsevents.asia/event/semarakmerdekanightrun untuk membuat pendaftaran.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas