Berita

200 pemandu bas, e-hailing terima kit penjagaan diri

penambahbaikan dewan di taman perumahan mutiara. DR Fary (kanan) bersama Bashir (tengah) melawat projek
- Diterbit 11 Disember 2020 7:05 AM MYT

SERAMAI 200 pemandu bas dan e-hailing menerima kit penjagaan kendiri menerusi program Sambutan Hari Sukarelawan Belia Malaysia di peringkat Wilayah Persekutuan
Labuan.

Program itu diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan kerjasama Jabatan
Penerangan Malaysia (JaPen) serta Majlis Belia Labuan (MBL).

Pengarah JBS, Mahanum Fauzi berkata, pemandu bas dan e-hailing adalah merupakan satu
perkhidmatan yang berada dibaris hadapan dalam menerapkan norma-norma baharu dalam mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.

“Selain daripada kita menyerahkan kit penjagaan kendiri, kita juga turut memberikan kepada mereka (pemandu bas dan e-hailing) buku panduan norma baharu yang disediakan oleh JaPen bagi membantu mereka memahami erti norma baharu yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata sedemikian di program Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (LTAL) pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, program tersebut turut diadakan di kawasan Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan Terminal Bas Mini di pusat bandar.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Abdul Aziz Mohd Salleh.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas