Berita

150 keluarga terima bantuan Krismas Yayasan PETRONAS

WYNER (dua kanan) menyerahkan bantuan kit makanan kepada penerima sambil disaksikan Ansharey (kiri) di Pejabat JKM. Wyner (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kit makanan kepada penerima di saksikan oleh Pengarah JKM Labuan Ansharey (hujung kiri) di Pejabat JKM, hari ini
- Diterbit 24 Disember 2020 6:01 AM MYT

SEBANYAK 150 buah keluarga menerima bantuan bakul kit makanan bersempena sambutan Hari Perayaan Krismas menerusi Program Sentuhan Kasih.

Sumbangan itu disalurkan Yayasan PETRONAS dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Ketua Jabatan Loji Dua Petronas Methanol Sdn Bdn, Wyner Vilus Boijohn Rayner berkata, sumbangan bakul kit makanan ini akan diagihkan kepada keluarga yang terjejas di Labuan.

“Penerima sumbangan terdiri daripada mereka yang tidak berkemampuan, warga emas, anak-anak yatim. Penyerahan bantuan akan diselaraskan JKM.

“Kita harap dengan agihan sumbangan ini serba sedikit membantu mereka khususnya ketika menyambut Hari Perayaan Krismas,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Sumbangan di JKM semalam.

Menurut Wyner, menerusi Program Sentuhan Kasih sempena Hari Perayaan Krismas tahun ini, seramai 2,000 penerima mendapat bantuan termasuk Labuan.

Hadir sama, Pengarah JKM Ansharey Matarsad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pentadbiran, PC Methanol Azdi M Nor dan Pengurus PDB M Izlan M Ilias. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas