Berita

15. 400 peserta PREC Beyblade Battle gamatkan SACC MALL

PEMENANG-PEMENANG PREC Beyblade Battle bergambar bersama hadiah set Beyblade masing-masing selepas pertandingan tersebut di SACC MALL, Shah Alam baru-baru ini.
PEMENANG-PEMENANG PREC Beyblade Battle bergambar bersama hadiah set Beyblade masing-masing selepas pertandingan tersebut di SACC MALL, Shah Alam baru-baru ini.
- Diterbit 26 Julai 2019 12:56 AM MYT

RENTAP. Lebih 400 peserta berentap dalam ‘PREC Beyblade Battle’ yang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam, Selangor bagi merebut hadiah wang tunai dan set beyblade berjumlah hampir RM3,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, melihat kepada sambutan yang sangat memberangsangkan, pihaknya akan menganjurkan PREC Beyblade Battle buat kali ketiga di Kompleks PKNS Bangi pula, salah satu aset PREC pada hujung tahun ini.

“Pertandingan itu menggalakkan ibu bapa dan kanak-kanak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di pusat beli-belah kami selain me­ngasah bakat kanak-kanak untuk bersaing secara sihat serta mengalihkan perhatian mereka daripada terlalu asyik dengan permainan elektronik hingga mengabaikan keluarga dan rakan-rakan sekeliling,’’ katanya.

PREC Beyblade Battle kali ini dianjurkan oleh PREC dan SACC Mall dengan tajaan SACC Digital Planet serta kerjasama Top Blader.

Pengurus SACC Digital Planet, Haris Morad menyatakan, PREC Beyblade Battle memberikan kesan positif apabila jualan kedai miliknya di SACC Mall meningkat secara mendadak dengan menawarkan jualan barangan komputer dan permainan Beyblade.

Pada pertandingan itu, Nik M. Ameer Mustaqim muncul juara bagi kategori Burst 4 tahun hingga 12 tahun manakala Darwisy Didani (kedua) dan Nik M. Aniq Ikhwan (ketiga).

Kategori Burst 13 tahun hingga 21 tahun pula dimenangi Amirul Muqminin, M. Rifqa Hakimie (kedua) dan M. Iqbal Daniel (ketiga) manakala kategori Metal Fury Terbuka pula dijuarai oleh Mirza, Kamil Salmi (kedua) dan ketiga, Azlan Abdul Aziz.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas