Berita

12,672 balik dari luar negara disaring, 1. 1 peratus positif

SETIAP rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu disaring kesihatan dan menjalani kuarantin 14 hari. Gambar hiasan
- Diterbit 26 April 2020 10:06 AM MYT

PUTRAJAYA- Seramai 12,672 rakyat negara ini yang berjalan ke luar negara telah menjalani ujian Covid-19 melalui kaedah pendekatan tertumpu yang dilaksanakan kerajaan untuk golongan berisiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah berkenaan 139 individu atau 1.1 peratus didapati positif Covid-19.

“99 kes melawat ke Indonesia , United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (5), Belanda (3), Amerika Syarikat (2),Thailand (1), Perancis (1) dan Bangladesh (1),” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Selain golongan berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, kaedah sama turut dijalankan terhadap 6,229 individu terdiri dari pelajar, guru dan kakitangan di madrasah dan sekolah tahfiz.

Ujian berkenaan berjaya mengesan 341 kes positif Covid-19 membabitkan 5.47 peratus.

“Ini menunjukkan aktiviti-aktiviti pendekatan tertumpu yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil.

“Kementerian menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu ini masih diteruskan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas