Utama

12 perkara diputuskan untuk PRU-15 – Annuar

TAN SRI ANNUAR MUSA
- Diterbit 1 September 2020 6:53 AM MYT

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri TPr Annuar Musa menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan bertanding satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelas beliau, perkara tersebut diputuskan dalam parti yang mana PPBM, PAS dan UMNO juga telah mewujudkan lima orang jawatankuasa untuk rundingan pembahagian kerusi.

Selain itu, ujar beliau, antara lain yang diputuskan adalah UMNO dan PAS sudah mengutuskan surat untuk PPBM menyertai Muafakat Nasional (MN) manakala UMNO tidak sertai protem pendaftaran PN.

“Juga telah diputuskan BN setai PRN (Pilihan Raya Negeri) SABAH dengan logo Dacing dan menawarkannya untuk diguna parti sahabat.

“Telah diputuskan BN tiada halangan jika parti sahabat mahu menggunakan logo baru PN dan telah diputuskan UMNO, PAS, PPBM, MCA, MIC dan friends of BN akan berkerjasama.

“Telah diputuskan UMNO menyertai kerajaan PN, menyokong TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai Perdana Menteri. BN terus guna lambang dacing dan kita sudah menggubal manifesto bersama.

“Selagi parti tidak mengubah keputusan, itulah yang perlu saya pegang.

“Jika keputusan parti tidak dipersetujui sesetengah pihak, itu kita serah pada parti,” katanya dalam ciapan di Twitter pagi tadi sambil bergurau Setiausaha Agong (SUA) terpaksa tanggung sasaran akibat Dari keputusan parti.

Menurut Annuar, dalam tempoh 27 bulan iaitu sejak PRU-14, biro politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Presiden UMNO terpaksa membuat pelbagai keputusan yang amat sukar namun ia akhirnya berjaya membawa parti ke tahap yang dijulang.

Jelas beliau, dalam tempoh itu juga, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berhadapan dengan keadaan sulit apabila beliau ditekan, dihina, didakwa, diperlekeh serta ditikam depan dan belakang.

“Namun beliau cekal, istiqamah dan (tetap) menegakkan obor perjuangan parti yang kini tetap dijulang megah. Bersamanya tetap ada teman yang setia serta ahli parti yang sentiasa redha. Insyaallah..,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas