Berita

11 maut tanah runtuh di lombong arang batu di Sumatera Selatan

- Diterbit 22 Oktober 2020 4:29 AM MYT

TANAH runtuh di lombong arang batu di wilayah barat Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu petang meragut 11 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku di sebuah lombong haram terletak di kampung Tanjung Lalang di daerah Muara Enim, kira-kira 4 petang waktu tempatan, kata ketua unit operasi dan kecemasan wilayah, Iriansyah.

“Sebelas pelombong tertimbus pada kedalaman kira-kira lapan meter. Lombong arang batu diklasifikasikan sebagai lombong tradisional,” katanya. .

Keadaan tanah bukit di sekitar lokasi kejadian tidak stabil, semua mayat sudah dijumpai dan dikeluarkan, kata Iriansyah. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas