Berita

11 juta penduduk Wuhan akan disaring selepas kes baharu COVID-19 dikesan

WUHAN telah mencatatkan 50,399 jangkitan, termasuk 46,512 kes pemulihan dan 3,869 kematian sejak pandemik menular.
- Diterbit 3 Ogos 2021 9:47 AM MYT

PIHAK berkuasa bandar Wuhan,China, tempat pertama virus COVID-19 dikesan, memutuskan untuk melakukan ujian saringan terhadap keseluruhan 11 juta penduduknya di bandar ini selepas beberapa kes baharu dikesan, kata kerajaan tempatan pada Selasa.

Awal hari ini, China melaporkan 90 kes bergejala dan 41 kes tidak bergejala.

Tiga kes bergejala dan lima tidak bergejala dilaporkan di Wuhan, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan sebatang jalan di bandar itu sebagai zon berisiko berdasarkan purata epedemiologi dan melaksanakan kuarantin, lapor Sputnik.

“Timbalan Setiausaha Kerajaan Wuhan, Li Tao, telah mengumumkan Wuhan akan melancarkan ujian saringan COVID-19 terhadap seluruh penduduk,” menurut kerajaan Wuhan dalam satu kenyataan.

Sejak pandemik menular, Wuhan telah mencatatkan 50,399 jangkitan, termasuk 46,512 kes pemulihan dan 3,869 kematian. Sejak awal Ogos, 18 orang menerima rawatan di hospital. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas