Berita

10,972 kes baharu COVID-19 hari ini – KP Kesihatan

GAMBAR: BERNAMA
- Diterbit 19 Julai 2021 9:19 AM MYT

JUMLAH kes baharu COVID-19 di Malaysia masih merekodkan angka melepasi 10,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 10,972 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 927,533.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 4,404 kes  dikesan di negeri berkenaan.

Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes, Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170) dan Terengganu (144).

Putrajaya pula mencatatkan 48 kes, Labuan (24) dan Perlis dengan satu kes. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas