Berita

108 orang discaj, kadar tertinggi pesakit Covid-19 pulih hari ini

TENAGA yang dicurahkan petugas perubatan membuahkan hasil apabila jumlah pesakit Covid-19 yang pulih kian meningkat. Gambar hiasan
- Diterbit 1 April 2020 12:26 PM MYT

PUTRAJAYA – Pesakit positif Covid-19 yang sembuh semakin meningkat apabila seramai 108 orang dibenarkan keluar hospital hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan adalah yang tertinggi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 645 orang.

Katanya, laporan hari ini juga mendapati terdapat 142 kes baharu dicatatkan, dengan keseluruhan kes sebanyak 2,908.

“Kita mengambil tempoh antara satu hingga dua minggu untuk melihat perkembangan pesakit sebelum membenarkan mereka discaj.

“Ada kalanya mereka tidak mempunyai gejala tetapi keputusan ujian masih positif, mereka perlu diuji negatif dua kali dan dalam tempoh 24 jam baru boleh discaj,” katanya dalam sidang akhbar  hari ini.

Dalam dalam itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua lagi kes kematian baharu menjadikan jumlah yang maut seramai 45 orang.

Katanya, sebanyak 102 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dan 66 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas