Berita

100 program sukan diadakan sempena HSN peringkat Wilayah Persekutuan

SHAHIDAN (tengah) merasmikan HSN 2021 peringkat Wilayah Persekutuan di Atrium Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya hari ini.
- Diterbit 9 Oktober 2021 1:33 AM MYT

KESELURUHAN 100 program dan aktiviti sukan diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung secara serentak dengan perasmian HSN peringkat kebangsaan hari ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, penganjuran HSN 2021 menandakan warga Wilayah Persekutuan diberi sedikit kebebasan menyertai beberapa aktiviti sukan secara fizikal mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Diharapkan warga kota sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif namun dalam masa yang sama kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya dapat menjayakan matlamat negara ke arah Negara Sukan,” ujar beliau ketika majlis perasmian HSN peringkat Wilayah Persekutuan di Atrium, Kementerian Wilayah Persekutuan.

Turut hadir ketika majlis perasmian, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alis; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Che Roslan Che Daud; Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani dan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri.

Antara program yang diadakan sempena HSN 2021 ialah Keluarga Malaysia : Fit and Active Family HSN 2021, pertandingan e-Sports FIFA 2021 dan Let’s Get Fit during Pandemic (Talk).

Dalam pada itu, sambutan di Labuan pula yang sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dapat menganjurkan lebih banyak acara fizikal seperti 2 Hours Non Stop Aerobic, Kayak 7 kilometer dan Fun Run 5 kilometer. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas