Utama

10 sekapal diterajui Azmin keluar PKR

- Diterbit 24 Februari 2020 7:20 AM MYT

PUTRAJAYA – Susulan pemecatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta, kedua-dua mereka membentuk blok bebas di Parlimen.

Azmin turut mengumumkan, sembilan lagi Ahli Parlimen terbabit keluar daripada PKR dan muafakat Pakatan Harapan.

Mereka adalah, Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Baru Bian
(Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) dan Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat).

Turut bersama gerakan itu Datuk Seri Dr. Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju
(Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas