Berita

10 kes awal positif Covid-19 di Labuan pulih

ANTARA kelengkapan bagi rawatan pesakit Covid-19 yang disediakan di Hospital Labuan.
- Diterbit 10 April 2020 2:44 PM MYT

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan berjaya menyelesaikan 10 kes awal Covid-19 dengan kesemua pesakit yang pulih telah discaj secara berperingkat mulai hari ini.

Menurut data Pusat Penyediaan dan Maklum Balas Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Labuan yang dikeluarkan hari ini, seramai 10 pesakit telah dibenarkan pulang dan hanya tiga kes baharu masih terus di bawah rawatan.

Kesemua 10 kes terdahulu dikatakan dikaitkan dengan gelombang kluser perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Labuan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 13 kes setakat ini.

Tiada kes kematian direkodkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas